/

Thursday 24 January 2013

#sinar pelangi 1


Deraian mutiara mengalir deras di pipi gadis yang bertudung litup itu. Pandangannya dihalakan jauh ke arah lautan yang luas tidak bertepi. Sepi. Itulah yang dirasakan gadis itu di dalam hatinya. Dia mengeluh  sendiri. Mengharap simpati ILLAHI. Bertahun sudah dia memendam rasa. Hanya kepadaNYA diberitakan rahsia setiap hati. Bukan bererti tidak mahu berkongsi dengan yang lain, Cuma gusar akan membebankan pendengarnya. 5 tahun menjadi saksi, seakan penderitaan sudah bererti. Sinar pelangi muncul menyinari. Si gadis tersenyum tanpa henti. Dalam kegembiraan, dia merafa'kan kesyukuran . Si gadis bertemu telah murobbi, sahabiah sejati yang menjadi penawar duka di hati. Setiap dari mereka mengajar erti, membawa tangis tawa ke dalam hidup si gadis. Gadis itu berjanji kepada diri, akan dimanfaatkan ruang ini. Moga semuanya ALLAH berkati. Pahit manis, suka duka 5 tahun yang berlalu tidak mungkin ditukar ganti. Dalam diam, si gadis kerinduan. Rindu pada pesan murobbi, rindu pada ragam sahabiah, rindu pada keletah dunianya sendiri,.

Dan kini,. Sepi itu dirasakan kembali. Seakan semalam baru sepi itu terubat. Si gadis masih termenung. Gusar sendiri, kerana dia sendiri sudah tidak pasti, apa yang dirasakannya kini… doanya, moga sinar pelangi kembali menerangi dirinya… the end.~

p/s: cerita ini nukilan semata2. ^_^ tidak berkait dengan yang idop ataupun yg telah meninggal dunia.. Hehe..:)
p/s-ii: ALLAH maha adil kerana DIA menjadikan kawan tanpa tanda harga.. ;) الحمدلله..

No comments: