/

Thursday 20 December 2012

travelog dunia baruu


Draf: kembara suci,,

2008: ditawarkan masuk ke SMKAKA
..melangkah meninggalkan alam kanak2 ke alam remaja.. Satu pengalaman baru yang bakal ditempuhi, entah apakah rasanya mahupun keadaannya,. Aku melangkah dengan penuh debaran, membawa seribu satu keazaman bahawa, 'I want to change!' dengan penuh keyakinan, kaki mengorak langkah,. Semoga dunia baru kan lebih mengajar erti kehidupan dan mendewasakan hidup insan..

2009: menyambung perjalanan
..kembara sebagai penuntut ilmu diteruskan, mulai mengenali ertinya ukhuwah dan persaudaraan.. Mula menyedari hakikat diri dihidupkan, mula mengerti tanggungjawab yg ditaklifkan.. Walau ranjau merintang, suka duka kehidupan terus diharungi sebagai bekal perjalanan ini..

2010: PMR, perhentian sementara..
..meniti arus seorang pelajar, menghadapi ujian peperiksaan.. 'Exam fever' melanda sehingga persekitaran tidak dihiraukan.. Ish3..insan mungkin melihat ujian ini sekadar menguji kecerdikan, kepandaian.. Hakikatnya kita di saat ini turut diuji olehNya, adakah pergantungan hamba kpdNya mengcukupi permohonan yg diajukan kpdNya? Meminta keputusan yang cemerlang, tetapi malas menyembahNya,.nauzu billahi min zalik..

2011: honeymoon ker??
..beransur ujian 'exam fever' yg mendebarkan., orang kata ini time ntok honeymoon,. Tapi sebenarnya perjuangan itu baru terasa bahangnya,. Setahun tersisa ntok diganyang habis-habisan agar SPM tidak hanya tinggal khayalan.. Perjuangan ini lebih gagah terasa apabila ada sahabat2 seperjuangan yg menemaninya,. Stadi perlu ditingkatkan, akhlak perlu diperbaiki, diri perlu dimuhasabah, agar ummah mudah terislah..=)

2012: melangkah meninggalkan medan SMKAKA
..waaaa, inilah saat penentuan., perjuangan yg bermula bakal diakhiri di medan SPM.. Namun ini bukanlah perjuangan yg terakhir bahkan inilah saat pemula perjuangan yg lebih besar, perjuangan yg memerlukan seluruh jiwa dan raga dikorbankan,… yakni perjuangan menuju ALLAH..

Disinilah saat perjuangan mulai bercambah, disini kenangan ternoktah, menghadirkan beribu warna dalam kehidupan.. Disini aku mengenali ALLAH, aku mengenali ISLAM yang sebenar-benarnya.. Biarpun pahit pada awalnya, ia membuahkan buah yg manis akhirnya.. Perjuangan ini mendewasakan seorang insani, akan ku kenang saat berharga di sini, semoga ALLAH memberkati penyampai2 ilmu disini,. Ker4na tanpa mereka, siapakah kita pada hari ini…………………….

SMKAKA IN MEMORY,. BATCH 0812.. FOREVER BONDED!

No comments: